.

.

Wednesday, February 6, 2013

FAMILY DAY TRWLK 2013 DI CHALET HAJAH MAHAWA

XTVT Pertama TRWLK utk tahun 2013 bermula dgn Family Day. Lokasi yg di pilih utk tahun ini ialah Chalet Hajah Mahawa, Pengkalan Balak, Melaka. Lokasi chalet yg menarik mengadap ke pantai dgn suasana yg amat selesa utk aktiviti kekeluargaan. Dengan tawaran harga yg berpatutan, chalet hajah mahawa adalah satu pilihan yg sesuai.
Kami berkumpul di Seksyen 18 Shah Alam pada pukul 10.30pg, kemudian bertolak ke RnR Seremban utk berjumpa sahabat yg berada di luar Shah Alam. Seramai 15 keluarga telah mendaftar utk program kali ni. Kul 11.30pg konvoi dari Shah Alam sampai ke RnR Seremban dan berjumpa sahabat2 utk makan tengahari. Tepat jam 12.30tghari konvoi 15 buah kereta mula bergerak ke Pengkalan Balak Melaka. Marshal konvoi di ketuai oleh saudara BRO HADI(T.Presiden Kelab TRWLK).
Jam 3.00ptg kami sampai di Pengkalan Balak, dan mula utk check in di chalet hajah mahawa. Sesi pertama berkumpul utk penyerahan kunci chalet serta ucapan terima kasih dari Presiden TRWLK saudara JAY SUHAIMI.
Para AJK mula melakukan tugasan masing2 yg telah di bahagikan semasa meeting 3hari sebelum program. Jamuan HI-Tea di sajikan utk hilangkan penat sepanjang perjalanan. Menu utk sesi ni d bawa oleh sahabat masing2. Ada Sandwish, ada kek span, ada limau mandrin, kerepek, kacang pagoda, nasi lemak & "Beleder".
Kul 5ptg xtvt game pertama bermula iaitu Bowling Buah Kelapa yg di menangi oleh Faizal Hasbi dgn 10 jatuhan botol mineral utk 3 balingan tanpa STRIKE!!.
Xtvt game kedua pula ialah RELONG SELIPAR. xtvt game ni sunguh menarik krn peserta mesti mencari pasangan selipar yg telah di timbus di dlm pasir. Game ni di menangi oleh Saudara Mat Zulkipli.
Xtvt game ke tiga pula adalah KAIL BOTOL. menggunakan tali rapia serta paku peserta perlu cekap utk menangkap botol berkenaan & bergerak 20meter ke garisan penamat utk d nobatkan sbg pemenang. Kehebatan Amie Jertih tidak perlu di sangkal lagi krn beliau org yg pertama sampai ke garisan penamat. Hadiah utk semua game di berikan sampai tempat ke tiga & kesemua hadiah ini di taja oleh Presiden Kelab. Tahniah kpd pemenang & terima kasih kpd semua sahabat yg spoting moting utk xtvt game ni. (selok duk ralik suko).
Selepas game xtvt bebas bermula spt main bola sepak pantai. anak2 sudah mula mandi pantai manakala kaum ibu mula menyediakan juadah tambahan utk xtvt BBQ pada sebelah malamnya.

Selepas Solat Maghrib xtvt BBQ bermula di samping menu tambahan yg di swdiakan oleh kaum ibu spt bihun goreng, jagung manis, couslow.
penambah perisa utk bbq ialah sos blackpaper nurul cullen.
Untuk xtvt santai malam sambil mwnjamu selera, kita juga selit kan sesi penyampaian hadiah utk pemenang game pd sebelah ptg td.
Xtvt BBQ bersurai pada jam 11.30mlm.

Hari ke-2 Ahad, jam 8.30pg Sarapan di sediakan oleh kaum ibu.
Tiada xtvt pantai utk hari ni kerana kami akan check out pukul 12.30tghari. Xtvt sebelah pagi kami isi dgn sesi meeting ringkaa utk planing next xtvt bagi tahun 2013. Sesi suai kenal mengisi program kali krn 4 keluarga baru telah menyertai kami. Saudara Azizi ,razlan, izran & zamri adalah sahabat baru TRWLK. pukul 12.00tghari kami di hidangkan menu NASI BERLAUK KARI AYAM ALA KLATE. Semua sahabat rasa gembira dgn program ni & saya sbg wakil dari TRWLK mengucapkan terima kasih kpd semua sahabat yg menyertai program family day ni. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua AJK yg terlibat yg berkerja keras utk menjayakan program ni. Set kito semo spoting moting blako.......GOMO TRWLK GOMO!!

Jam 12.30 check out........bersalaman & berangkat utk pulang ke destinasi masing2. Semoga berjumpa lg utk family day 2014.......inshaa ALLAH

-MYyu-