.

.

Saturday, January 28, 2012

Program Ukhwah Bubur Asyura Anak Kelantan Lembah Klang

Pada 25hb Disember 2011 yang lalu, satu program yang dinamakan 'Program Ukhwah Bubur Asyura Anak Kelantan Lembah Klang' berlangsung dengan jayanya.  Program ini bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam bermula jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang dibawah kelolaan Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net).  Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Kumpulan Media Karangkraf, Perantau Ketereh, PERSADA, Red Warriors Mache, TRW Lembah Klang dan Al-Kenali.

Program ini bertujuan untuk menyambut bulan Muharram dan meneruskan tradisi bubur asyura disamping untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, perpaduan, persaudaraan dan persahabatan antara anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.  Sebanyak 6 kawah bubur asyura dikacau bersama-sama dan bergilir-gilir.  Orang ramai memenuhi perkarangan tapak program menanti bubur asyura diagihkan.  

Kemeriahan program bertambah apabila pemain-pemain Kelantan turut hadir memeriahkan suasana dengan sama-sama mengacau bubur asyura.  Dengan ini, orang ramai dapat melihat sendiri pemain-pemain kesayangan serta dapat beramah mesra dengan pemain-pemain tersebut.  Selain itu,  persembahan dikir barat oleh Kumpulan Warisan Darul Naim juga menarik perhatian.  

Setelah hampir 10 jam, bubur asyura pun siap dan diagihkan kepada orang ramai yang hadir.  Sambutan terhadap program ini sangat meriah berikutan bubur asyura habis diagihkan.  Walaupun sedikit penat tapi program ini memberi kepuasan kepada semua yang terlibat.  Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi dimasa mendatang.


Kerjasama bersama Kumpulan Media Karangkraf, Perantau Ketereh, PERSADA, Red Warriora Mache,  dan Al-Kenali

Ucapan sepatah dua kata wakil TRW Lembah Klang, Saudara Jay  Suhaimi (Presiden TRW LK)

Mari bergambar bersama Ghaddar

Piya yang sempoi, Matyo yg 'cool'

ingat 'player' tak pandai kacau ke?

Apek guna 'skill' berbeza 

Okine & Antwi 'relax' menanti bubur As-Syura masak

jangan asyik tengok kamera Aziz, buka apa takut hangit
akhirnya kami penat lelah kami dihargai.....berita Program Sehari Bersama Kelate.Net dalam Sinar Harian


Jutaan terima kasih buat penganjur KELATE.NET, Perantau Ketereh, PERSADA, Red Warriors Mache,  dan Al-Kenali Kumpulan Media Karangkraf, pihak media (Sinar Harian), pemain-pemain bola sepak Kelantan, rakan-rakan seperjuangan dan pengunjung yang hadir.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh kami nak berkerjasama lagi.....

No comments:

Post a Comment